Monday, 15 October 2012

Princess Of Skie : #Bab2

BAB 2

Dalam perjalanan pulang ke rumah , Elisya melihat sebuah gerai makanan yang sangat meriah. Apakah daya Elisya tidak membawa beg dompet untuk mengisi perutnya yang kosong itu. Elisya sampai ke rumah dan mengambil masa untuk berehat sebelum membersihkan diri. Dia sangat malu akan tindakannya kerana menjatuhkan maruahnya akibat kejadian semalam. Tanpa disedari,ibu angkat Elisya mencerobohi masuk ke dalam biliknya.
"Elisya, kamu dapat tawaran masuk pergi ke luar negara."dengan nada yang gembira.
"Subhanallah,akhirnya dapat juga mencapai impian Esya.Tapi Esya rasa nak tangguhkan dulu."
"Kalau macam tu terpulang kepada Esya.Esya yang menentukan masa depan Esya. Tapi ibu berpendapat agar Esya melanjutkan ke luar negara."
Sedang Nadra lalu lalang di situ , Nadra terdengar perbualan antara ibu dan akak angkatnya untuk memuaskan hati Nadra menjejak bilik itu dan menyertai perbualan ibu dan akaknya.
"Akak dapat belajar ke luar negara ?"
" Ya,kenapa ?" ujar Elisya sambil membetulkan kedudukannya.
"Adik teringin sangat belajar ke luar negara. Akak bolehlah mak ayah akak mewarisi harta kedua ibu bapa akak." sambil membetulkan bajunya kerana dia akan keluar bersama akaknya.
Sedang Azan Zuhur berkumandang mereka memberhenti perbualan buat sementara waktu. Sebaik sahaja azan berhenti , Elisya mencapai tuala untuk membersihkan diri.
Selesai Qada' Subuh dan usai solat Zuhur, Elisya mengambil kunci kereta dan menuju ke kereta sementara Nadra menyarungkan kasutnya. Elisya memandu sampai ke Shopping Centre. Dia meletakkan keretanya di tempat yang disediakan. Mereka masuk ke dalam Pusat Membeli-Belah. Mereka berjalan-jalan sekeliling Pusat itu. Nadra berhampiran kedai kasut sementara itu Elisya berhampiran untuk menjenguk baju.
"Nad,akak nak pergi-pergi jalan-jalan sekejap ye ?"ujar Elisya.
"Okey,nanti kalau ada apa-apa Nadrah call akak."ujar Nadrah.
Sedang Elisya melihat barang kemas , Elisya ditegur oleh kawan sekelasnya yang sudah bertahun tidak berjumpa.
"Eh,Kamalia ! Dah lama tak jumpa kau. Sejak kita habis sekolah aku tidak mendengar khabar tentang kau lagi.Nombor telefon pun sudah kau tukar."
"Ilia,kena uruskan sesuatu di luar negeri. Ni pun baru saja balik ke sini. Esya dah kahwin ke ? Manalah tahu dah kahwin tanpa menjemput aku. Eh,hampir lupa ! Jangan lupa datang rumah aku bulan depan. Aku nak kahwin. Kau nak temankan aku membeli keperluan aku ? Nanti kau senang nak cari barang untuk perkahwinan kau." sambil menghantar pesanan ringkas tentang alamat rumah Kamilia.
Ting ! Handphone Elisya berbunyi. Elisya mengambil phone yang berada di beg tangannya dan membuka pesanan ringkas.
"Aku dah dapat. Insyallah kalau aku free aku datang. Sebab masa aku tak tentu sangat sekarang ni."
"Okey,kau usahakan tau ! Kau kena datang ! Kaulah kawan baik aku."sambil tersenyum.
Tanpa disedari , nombor yang tidak dikenali telah menelefon Elisya maka mereka pun berhenti perbualan.
"Hello ini siapa ?"
"Hello , ini akak kepada Nadra ke ?"
"Ya,kenapa ?"
"Adik awak berada di wad kecemasan kerana kemalangan di jalan raya ketika melintas jalan."
"Astagfirullahalazim ! Sekarang ni dia berada di mana ?"
"Dia sedang berada di Hospital Pusrawi."
"Kejap lagi saya datang.Terima kasih atas info."
Elisya terpaksa memberitahu kawannya bahawa dia ada hal.Kawannya mengangguk kiranya memahami situasi.
Elisya sedang membawa kereta dengan laju tanpa mengingati peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam "Rexton" telah dilanggar oleh Elisya kerana keburuannya. Elisya keluar dari kereta dan meminta maaf sambil menghulurkan kad perniagaannya kerana perkara yang paling utama adalah Nadrah. Elisya menahan taxi lalu membawa ke hospital. Alhamdulillah,Nadra sedang berada di wad biasa. Pada waktu malam , Elisya bersolat di surau hospital agar Nadra baik pulih , selamat dan kembali kepada jadual hariannya.
Pada keesokan harinya , Elisya sedang tidur lena di sisi katil tanpa disedari ibu kepada Nadra datang melawat anaknya.
"Apa yang telah terjadi pada Nad ? Dia okey tak ? Macam mana boleh jadi macam ni ?"
 "Esya pun tak tahu. Masa kemalangan tu Esya takde dengan dia. Esya terserempak dengan kawan classmate."
"Takpela,ibu tak salah Esya pun.Dia kan dah besar sepatutnya tahu menjaga dirinya sendiri."
"Memang salah Esya pun. Esya takde dengan dia masa tu.Maafkan Esya ye ibu ?"
Ibunya hanya tersenyum pada masa yang sama ibu berasa sedih atas berlaku kepada anaknya. Ellisya keluar dari bilik hospital dan berjalan mengambil angin kerana kepalanya penuh dengan kusut samada pergi ke luar negara atau tidak , menjelaskan kejadian semalam dan mengasyik terfikirkan tentang lelaki yang berada satu bilik hotel tempoh hari.
"Aku berharap aku takkan jumpa mamat tu lagi." kata Elisya di dalam hati.
Tiba-tiba handphone Elisya berbunyi nombor itu tidak dikenali oleh Elisya tapi Elisya menjawabnya tanpa merasa ragu.
"Assalamualaikum. Ni sapa ?"
"Waalaikumussalam. Ini Hadzwan."
"Ya , nak apa ? Boleh saya bantu ?"
"Awak ke yang melanggar kereta saya semalam ?"
Elisya terdiam seketika kerana agak sukar menjelaskan situasinya sekarang.
"Sayaaaa . . boleh kita berjumpa ?"
"Sudah tentu boleh. Bila dan dimanakah saya boleh berjumpa ?"
"Nanti saya akan text bila dan dimana kita boleh berjumpa."
Elisya pergi ke bilik hospital Nadra mengambil barang dan meminta kebenaran ibunya untuk keluar. Di sampai rumah , Elisya membersihkan diri dan solat memandangkan sudah masuk waktu Zuhur. Elisya ingin masalah ini selesai secepat mungkin kerana dia tidak mahu berhutang dengan sesiapa termasuk orang yang dikenali. Elisya mengeluarkan handphone dan berajak jumpa dengan Hadzwan. Sedang diberada di tempat di janjikan , Elisya menunggu Hadzwan dengan gementar kerana dia ingin memikirkan alasan apa yang boleh diterima oleh lelaki itu sambil termenung di meja. Tiba-tiba seorang lelaki yang tampan berada di sisi belakang Elisya dari arah belakang dan duduk di hadapan Elisya.
"Macam mana awak nak ganti rugi terhadap kereta saya ?"
"Sa .. sa .. ya ...."
"Awak memang gagap ekh ? Saya tanya , macam mana awak nak ganti rugi terhadap kereta saya ?" 
Elisya sangat takut dan memberitahu perkara yang sebenar.
"Kalau macam tu , awak nak buat apa dengan kereta saya ?"
"Nanti saya ganti rugi balik ? Boleh ? Bagi saya dalam masa seminggu saja ?"
"Baiklah , saya akan beri awak masa." ujar Hadzwan. Hadzwan dapat merasakan sesuatu yang berbeza terhadap Elisya. "Dia sangat berbanding dengan perempuan lain" kata hatinya. Sebaik Hadzwan meninggalkan Elisya keseorangan di dalam cafe , Hadzwan ingin mengenali diri Elisha dengan lebih lanjut. 

Nantikan episod seterusnya daripada,
Princess Ice.

2 comments:

Nurulee said...

So talented. Boleh jadi penulis ni. Hehe =D

✿ Fiena Saffaruan ✿ said...

@Nurulee Thank you Nurul. I'll try my best ! Hehe :D

Template protected . All right reserved since 08 June 2011.Author and Full by Feefiena
/